𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗶𝗯𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.

𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗶𝗯𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

"Dan tidak sesiapa yang di dalam hatinya kibr (takabbur) sebesar zarrah, yang boleh masuk ke Jannah".

Abdullah ibn Mas'ud, Sahih Muslim, 91

Penyakit bukan hanya jasmani, tapi penyakit batin atau penyakit hati, lebih merbahaya kalau dibiarkan.

Semakin berjaya kita, baik dalam urusan duniawi mahupun ilmu akhirat, syaithan akan menanam benih kibr dalam hati, dan membiarkan ia berkembang.

Pengasas Jamu 786, Allahyarham Haji Raja Shahdan merupakan peniaga yang berjaya dalam bidang perubatan Islam dan at Tibiah- kaedah yang digunakan dalam memformulasikan Jamu 786.

Dengan ilmu dan kejayaan yang tinggi, apakah caranya menghilangkan sebarang benih penyakit kibr yang dibisik?

Inilah gambarnya, waktu di tanah suci memakai bajunya yang "special". Baju kurung hitam yang ditampal jahit petak-petak. Apabila dipakai, pasti akan rasa sebak, dan rendah diri.

Ada peniaga yang cuba ikut memakai baju sebegini, terus tersentak dan menangis.

Biar orang melihat, tetapi apabila memakai baju ini, akan teringat waktu susah dulu, dan rasa diri hina, dan insyaallah hilang rasa takabbur, sombong, atau anggap diri sendiri lebih tinggi dari orang lain.

Walaupun sudah berpuluh kali menunaikan umrah, inilah cara yang ekstrim Allahyarham Haji Raja Shahdan menghilangkan atau menjauhi penyakit kibr di hati.

Kerana kita hanyalah hambaNya yang hina, lagi lemah. Wallahu a'lam.

Previous
Previous

Ubat Kuat Vs Suplement

Next
Next

Erti 786 Dalam Jenama Kami Dan Imprint Di Pills