Erti 786 Dalam Jenama Kami Dan Imprint Di Pills

 
 
 

Sistem abjad sangat popular di India. Nombor telefon yang mengandungi 786, atau plat kereta bernombor 786 sangat dimahukan sehingga orang sanggup membayar ratusan lakh untuk nombornya. Namun mengapa 786 begitu penting untuk orang Islam di sana yang bermahzab Hanafiah dan apa aplikasinya di Jamu 786?

Islam melarang percaya pada segala bentuk numerology atau sebarang bentuk tahayul.

Namun begitu, setiap huruf dalam bahasa Arab diberikan angka dalam sistem abjad, yang seringkali dikaji maulana maulana dari India.

Gematrical Value huruf-huruf dalam Bismillahirahmanir rahim berbentuk nombor 786.

Makanya sering kita melihat di mana mana kedai India yang terletak di kedainya nombor 786. Ini kerana mereka percaya bahawa huruf Arab Bismillahirrahmanirrahim harus dihormati, dan ditakuti kalau papan tanda itu dibuang, merupakan penistaan terhadap ayat Allah.

Oleh kerana kami sering memaparkan iklan dan artikel di suratkhabar, yang sering dikitar semula untuk pembersihan dan perkara-perkara domestik, jenama kami Jamu Bismillah ditulis sebagai Jamu 786. Logonya juga distempelkan di setiap pill atau capsules kami bukan hanya kerana barakah, tetapi juga peringatan setiap kali memakannya, agar membaca bismillah.

Hubungan ramuan dalam jamu jamu kita yang menggunakan ilmiah dari Thibbun Nabawi juga tidak boleh diasingkan dengan agama Islam kita, dan para pengguna menikmati barakah yang berpanjangan dengan memakan jamu jamu kami. Makanya banyak penyakit yang berjaya diobati.

Capsules Jamu Kami

Jangan gunakan jamu ini untuk maksiat, dan gunakan dengan bismillah.

 
Previous
Previous

𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗶𝗯𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.

Next
Next

Mewah Vs Barakah