Mewah Vs Barakah

 
 
 

Yang mewah tak semestinya barakah.

Yang barakah tak harusnya mewah. 

Apa bezanya barakah dan mewah? 

Contoh 1 Mewah Tanpa Barakah:

Salim beli tilam $3000 dari Courts dengan bayaran ansuran bunga 30%. 

Katanya posturepedic dan pasti akan tidur nyenyak.

Tidurnya nyenyak, tetapi dia bangun setiap pagi dengan pinggang yang sakit. Kerjanya mula terbabit kerana satu hari menanggung derita. 

Meskipun begitu, setiap bulan masih harus bayar ansuran sebanyak $120. 

Rasanya seperti dibubuh garam di luka. 




Contoh 2: Barakah Tanpa Mewah

Mansur memerlukan tilam king sized untuk katilnya. Dia ke Tian Lin Upholstery untuk memesan tilam foam kerana dia tahu pe'el badannya yang memerlukan keras tilam yang sesuai. Dia memilih foam yang tahan lama padatnya, untuk disarungkan kain. Harganya $400 dan dia mendapatkan tilam tempahannya dalam 4 hari. 

Tilam foamnya amat sesuai untuk pinggangnya dan tidak berganjak apabila isterinya bangun di tengah malam. 

Setiap malam, dia tidur nyenyak atas tilamnya yang perfect, dan juga tahu yang dia pemilik tilam itu sepenuhnya tanpa hutang. 






Demikian lah tuan puan pembaca, bezanya mewah dan barakah. Kita cari yang barakah, barulah yang mewah, kerana tak guna mewah kalau tidak disertakan barakah. Kita beli kereta, tapi banyak rosaknya. Itulah penting nya mencari rezeki halal. 


Halal itu bukan hanya pada sumbernya, tetapi juga pada perbelanjaannya. 

Apa gunanya sumber rezeki kita halal, tetapi membeli benda haram seperti arak, riba, pelacuran? 

Di perbelanjaanlah banyak orang kita lalai, dan di situlah barakah hilang, bagai tasbih yang putus. 


Barakah itu mendapat lebih dari apa yang dituai. (More for less). Bentuk barakah itu tidak boleh dikira. Barakah dalam makanan, rumahtangga, tidur, barakah dalam mengisi masa, gaji, dan sebagainya. 



Pernah anda rasa tidur itu cukup, lega dan sedap, walaupun hanya 5 jam, kerana bangun malam solat tahajjud, atau kerana bergadang membaca Quran? 

Itulah namanya tidur yang barakah. 

Ada yang merasa mereka buat OT, pulangan gaji sepuluh ribu, tapi duit tak pernah rasa cukup. Dan ada yang hanya bawa pulang $2000 per bulan, tapi rasa lebih dari cukup, ada sisa untuk berjimat lagi. 

Kejarlah barakah dalam hidup anda, bukan kemewahan. Barakah mencukupkan, dan memberi kesyukuran, manakala kemewahan tanpa barakah, hanya memberi rasa ketidakpuasan, kerana membandingkan pendapatan dengan orang lain..

 
The beauty of your story is that it’s going to continue to evolve and your site can evolve with it.

Be clear, be confident and don’t overthink it. The beauty of your story is that it’s going to continue to evolve and your site can evolve with it. Your goal should be to make it feel right for right now. Later will take care of itself. It always does.

 
Previous
Previous

Erti 786 Dalam Jenama Kami Dan Imprint Di Pills

Next
Next

Kisah Nyata: Matni